80 peratus golongan 18 tahun ke atas selesai vaksin hujung Oktober  - Utusan Malaysia

80 peratus golongan 18 tahun ke atas selesai vaksin hujung Oktober 

- GAMBAR HIASAN/UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kerajaan optimis sebanyak 80 peratus rakyat berusia 18 tahun ke atas selesai menerima kedua-dua dos suntikan vaksin pada hujung Oktober ini.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata, jumlah yang lengkap menerima vaksin dilihat meningkat daripada 7.5 peratus kepada lapan peratus dalam tempoh hanya dua hari. 

Katanya, peningkatan itu sekali gus membentuk sasaran baharu dengan jumlah yang menerima dos pertama juga mencecah 20 peratus. 

“Setakat ini lebih sembilan juta rakyat disuntik dos pertama dan secara purata sebanyak 300,000 suntikan diberikan di seluruh negara pada setiap hari. 

“Dalam tempoh dua hari ini, jumlah penerima bagi kedua-dua dos meningkat kepada lapan peratus bagi golongan berusia 18 tahun ke atas dan kita jangkakan sebanyak 80 peratus akan selesai divaksin hujung Oktober ini,” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar ketika membuat lawatan kerja di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Tun Ali, Bukit Katil di sini, hari ini. 

Dalam pada itu, beliau berkata, sebanyak 80 peratus jumlah keseluruhan populasi disasarkan selesai menerima vaksin selewat-lewatnya hujung tahun ini.

“Sepertimana yang telah dimaklumkan oleh kerajaan bahawa kita akan menerima lebih banyak dos pada bulan Julai, Ogos dan September untuk meningkatkan kapasiti suntikan harian. 

“Justeru, kita yakin sebanyak 80 peratus rakyat negara ini akan selesai menerima vaksin pada hujung tahun ini,” ujarnya.

Tambahnya, jumlah pemberian vaksin di Melaka turut ditingkatkan dengan sasaran sebanyak 400,000 suntikan diberi kepada penerima pada setiap hari. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya