Main diam, makin menjadi - Nubhan failkan pelanggaran terhadap bekas isteri - Utusan Malaysia

Main diam, makin menjadi – Nubhan failkan pelanggaran terhadap bekas isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Penyanyi dan usahawan, Nubhan hari ini memfailkan tiga pelanggaran yang dilakukan bekas isterinya, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam di sini.

Menurut Nubhan atau Ahmad Nubhan Ahamad, tindakan itu diambil bagi menghentikan spekulasi tidak benar yang bertebaran berhubung perceraian mereka.

“Sebelum ini saya berdiam sahaja, tiada nak bercerita itu dan ini. Tapi makin didiamkan, makin menjadi.

“Pelanggaran ini pun apa yang pihak sana minta. Saya tidak banyak cakap, saya hormati perkara yang telah dipersetujui. Jadi, wajarlah pihak mahkamah menentukan.

“Tapi sekiranya Dr. Fie minta maaf, saya tiada halangan untuk memaafkan dia.,” katanya yang hadir di mahkamah pukul 9.14 pagi tadi.

Nubhan ditemani peguam syarie, Mohd. Redzuan Ramli manakala Dr. Fie diwakili peguam syarie, Norhazura Hamzah.

Dalam masa yang sama, Nubhan memfailkan pelanggaran tersebut bagi membersihkan nama dan memulihkan reputasi yang tercalar.

“Sebelum ini terlalu banyak fitnah berhubung perkara ini. Jadi tak saya mahu gunakan saluran yang tidak betul untuk menanganinya. Kita ada undang-undang.

“Benda itu telah menimbulkan banyak kebencian, tohmahan dan memburuk-burukkan saya. Saya ada hak untuk pertahankan dan bersihkan nama saya.

“Saya boleh sahaja menggunakan media sosial untuk melepaskan emosi tanpa memikirkan kesan dan akibatnya.

“Tetapi, disebabkan menghormati banyak pihak, saya ambil pendekatan untuk berdiam. Tapi bila berdiam, orang ingat saya salah.

“Jadi, jika berterusan begini, ia akan membuka seluas-luasnya pintu kepada orang untuk mengambil kesempatan,” ujarnya.

Nyata terkejut dengan notis mahkamah yang diterimanya, Dr. Fie berharap perbicaraan pada Ogos depan berjalan lancar. 

“Saya menerima notis selepas satu minggu. Terkejut saya kerana turut menerima perintah mahkamah. Saya cuma doakan yang baik-baik sahaja.

“Saya pun merupakan penjaga kepada anak-anak saya. Jadi saya harap Nubhan bertindak yang baik terhadap saya dan anak-anak.

“Saya terkilan mengenai notis yang dihantar kepada saya dan saya tak bersetuju dengannya. Insya-Allah, 10 Ogos nanti kita akan mendengarkan perbicaraannya,” ujarnya.

Mohd. Redzuan dalam pada itu enggan mendedahkan butiran pelanggaran yang dikemukakan di mahkamah.

“Hari ini merupakan prosiding pertama yang mana pelanggaran perintah yang difailkan anak guam saya, encik Nubhan terhadap Dr. Fie.

“Perintah-perintah tersebut adalah yang sebelum ini dipersetujui, yang mana termanya dicadangkan sendiri oleh Dr. Fie.

“Butirannya tidak dapat saya dedahkan cuma yang boleh saya katakan ada tiga pelanggaran yang berlaku tahun lepas dan tahun ini.

“Namun jika ada permohonan maaf dikemukakan dari Dr. Fie, Nubhan akan pertimbangkan,” katanya.

Nubhan dan Dr. Fie pernah mendirikan rumahtangga pada 29 Ogos 2015 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, Ahmad Aaffan dan Afzan Nayille.

Perkahwinan mereka terknoktah apabila keduanya mengambil keputusan untuk bercerai pada 2 Disember tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN