7,097 kes positif; 4,863 kes sembuh; 91 kematian - Utusan Malaysia

7,097 kes positif; 4,863 kes sembuh; 91 kematian

WARGA asing duduk berkumpulan dan melakukan aktiviti jual beli secara terbuka dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ketika tinjauan di sekitar perumahan dan asrama pekerja kilang di Meru, Klang, Selangor. - UTUSAN/ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan penurunan sedikit kes positif Covid-19 namun masih melebihi 7,000 iaitu 7,097 kes berbanding semalam, 7,654 kes sekali gus mengatasi kes sembuh iaitu 4,863 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 91 kes kematian dicatatkan dengan 948 kes di unit rawatan rapi (ICU) selain 441 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 74,344 kes aktif.

Katanya, Selangor terus menjadi penyumbang terbesar apabila merekodkan sebanyak 3,119 kes diikuti Kuala Lumpur (1,005), Negeri Sembilan (788), Melaka (358), Sarawak (289), Pahang (258), Sabah (244) dan Johor (224).

“Empat negeri lagi di bawah 200 kes iaitu Kedah (198), Perak (187), Pulau Pinang (140) dan Kelantan (123).

“Baki negeri dan dua wilayah merekodkan kes di bawah 100 iaitu Labuan (93),Terengganu (43), Putrajaya (26) manakala Perlis hanya dua kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN