PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan melaporkan 6,387 kes positif baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes negara ini 785,039 kes.
Enam negeri mencatatkan peningkatan kes iaitu Selangor, Putrajaya, Kuala Lumpur, Pahang, Sabah dan Sarawak.
Selangor masih menunjukkan negeri tertinggi dengan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 2,610 kes diikuti Kuala Lumpur dengan 819 kes baharu hari ini.
Sabah pula 263 kes baharu dan Sarawak 424 kes dicatatkan.
Perlis masih mengekalkan sifar kes penularan Covid-19.










