525 kes ingkar SOP, 34 premis diarah tutup - Utusan Malaysia

525 kes ingkar SOP, 34 premis diarah tutup

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Bilangan pesalah ingkar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) di seluruh negara semalam merekodkan 525 individu dicekup dengan seramai 449 dikompaun, 68 direman dan lapan dijamin.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sejumlah 34 premis meliputi empat kilang dan 30 premis perniagaan juga diarahkan tutup pasukan Task Force Operasi Pematuhan kerana ingkar SOP.

“Pasukan ini melakukan pemeriksaan ke atas 1,735 kilang, 15,285 premis perniagaan, 771 tapak pembinaan dan 266 asrama penempatan pekerja,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menyentuh isu kuarantin wajib, kata beliau seramai 455 individu tiba di tanah air semalam dengan kesemua mereka diarahkan menjalani proses mandatori itu di sejumlah stesen kuarantin dengan sejumlah 9,145 individu masih lagi berada di pusat kuarantin seluruh negara.

Beliau juga memaklumkan bahawa sebanyak 129 operasi disinfeksi turut dilaksanakan di negara ini meliputi 52 zon merah selain dua zon jingga dan lima zon kuning melibatkan penugasan seramai 605 anggota bomba serta 221 anggota dari pihak berkuasa tempatan dengan penggunaan sebanyak 117 jentera bomba.

“Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pula semalam membuat pemantauan 11 jenis bekalan barangan di 643 peruncit, 149 pemborong dan 31 pengilang termasuk melakukan sejumlah 1,102 pemeriksaan khas pematuhan SOP dengan hanya lima premis terbabit dikenakan kompaun,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN