419 warga polis KL tampil derma darah - Utusan Malaysia

419 warga polis KL tampil derma darah

SHAHARON Anuar Abdul Latif (kanan) diberi penerangan oleh Pengarah Pusat Darah Negara, Dr. Noryati Abu Amin ketika melawat PDN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dalam kesibukan sebagai petugas hadapan, seramai 419 warga Polis Kuala Lumpur masih sempat menunaikan satu lagi tanggungjawab murni iaitu menderma darah.

Tanggungjawab itu dilakukan atas kesedaran bagi menyelamatkan nyawa mereka yang benar-benar memerlukan bantuan. 

Ketua Jabatan Pengurusan Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK)  Kuala Lumpur, Datuk Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, ia adalah program tahunan Polis Kuala Lumpur yang diadakan bersempena dengan sambutan Peringatan Hari Polis setiap tahun. 

Bagaimanapun, program itu terpaksa ditangguhkan sejak tahun lalu ekoran penularan pandemik COVID-19.

“Justeru, satu program dijalankan bermula pada 26 hingga 30 Julai lalu di Pusat Darah Negara (PDN) Kuala Lumpur dalam membantu meningkatkan  jumlah bekalan darah agar mencukupi untuk kegunaan di hospital-hospital.

“Seiring dengan slogan ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’, kesemua yang terlibat adalah pegawai kanan dan pegawai rendah polis telah hadir untuk menderma darah sebagai tanda keprihatinan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lebih lanjut mengenai program berkenaan, kata beliau, setelah melalui proses saringan oleh  PDN, seramai 270 orang didapati layak dan menderma darah.

Ujar beliau, penyedian bekalan darah melalui program derma darah yang dijalankan oleh PDN dan tabung-tabung darah sadalah perkhidmatan kesihatan yang penting.

“Derma darah juga adalah satu prosedur perubatan yang selamat dan terkawal dengan mengamalkan mekanisme kawalan infeksi bagi memastikan keselamatan penderma, bekalan darah dan petugas kesihatan yang terlibat. 

“Perkhidmatan transfusi darah adalah sangat kritikal demi menyelamatkan nyawa pesakit.

“Justeru, Polis Kuala Lumpur menyeru orang ramai supaya turut sama menderma darah bagi membantu PDN memastikan bekalan darah sentiasa mencukupi,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya