388 individu ditahan ingkar SOP, 38 premis diarah tutup - Utusan Malaysia

388 individu ditahan ingkar SOP, 38 premis diarah tutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jumlah pesalah ingkar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) di seluruh negara semalam merekodkan 388 individu diberkas dengan seramai 355 dikompaun, 31 direman dan dua dijamin.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sejumlah 38 premis juga diarahkan tutup oleh pasukan Task Force Operasi Pematuhan kerana ingkar SOP dan menyaksikan pertambahan sedikit berbanding 31 premis yang direkodkan kelmarin.

“Pasukan itu melakukan pemeriksaan ke atas 1,970 kilang, 16,530 premis perniagaan, 1,031 tapak pembinaan dan 272 asrama pekerja,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, seramai 19 pendatang tanpa izin turut ditahan dan tiga kenderaan darat disita  melalui Operasi Benteng bagi mengekang jenayah rentas sempadan dan penularan Covid-19. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN