[KEMAS KINI] 35 individu termasuk Ahmad Zahid positif Covid-19 - Utusan Malaysia

[KEMAS KINI] 35 individu termasuk Ahmad Zahid positif Covid-19

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sejumlah 35 individu dalam kalangan ahli Parlimen serta pegawai mereka disahkan positif Covid-19.

Perkembangan ini suatu yang mengejutkan menjelang sehari pembukaan sidang khas Parlimen, Isnin ini.

Antara ahli Parlimen yang dijangkiti virus itu ialah Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Pada masa sama, sumber memberitahu Utusan Malaysia, terdapat ahli Parlimen yang mempunyai kontrak rapat dengan mereka dan kini dipercayai sedang membuat ujian calitan.

“Turut terlibat ialah Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohd. Rashid Hasnon kerana pegawai pengiringnya positif,” kata sumber ketika dihubungi.

Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 selama lima hari akan bermula Isnin, 26 Julai ini hingga 29 Julai dan 2 Ogos 2021 bagi Dewan Rakyat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya