102 lagi kematian akibat Covid-19 ; Selangor, 4,308 kes positif - Utusan Malaysia

102 lagi kematian akibat Covid-19 ; Selangor, 4,308 kes positif

NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan penurunan kes positif Covid-19 namun menghampiri 9,000 iaitu 8,574 kes berbanding semalam, 9,105 sekali gus mengatasi kes sembuh iaitu 5,041 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 102 kematian dicatatkan dengan 964 kes di unit rawatan rapi (ICU) selain 452 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 87,841 kes aktif.

“Selangor terus menjadi penyumbang terbesar apabila merekodkan sebanyak 4,308 kes diikuti Negeri Sembilan (794), Kuala Lumpur (609), Kedah (415), Melaka (411), Pahang (314), Johor (407), Sabah (298), Sarawak (235) dan Pulau Pinang (231).

“Hanya tiga negeri merekodkan kes bawah 200 iaitu Kelantan (133), Perak (168) dan Terengganu (140).

“Bagi dua wilayah pula, Labuan (66) dan Putrajaya (45) manakala hanya Perlis merekodkan sifar kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN