Ubah perabot tanpa izin tuan rumah, peniaga didenda RM800 - Utusan Malaysia

Ubah perabot tanpa izin tuan rumah, peniaga didenda RM800

amang seksual
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SELAYANG:  Seorang bekas penyewa sebuah kondominium didenda RM800 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini terhadap tuduhan memindahkan set meja makan kepunyaan pemilik kediaman itu ke rumah lain yang  didudukinya.

Muhamad Ferrul Azieman Mohd. Rosdi, 29, didakwa mengubah kedudukan set meja makan kayu dari tempat asal tanpa izin pemilik dan memindahkan perabot itu ke rumahnya di Taman Gemilang Indah, Batu Caves di sini pukul 3 petang pada 14 Mac lalu.

Majistret Nik Fadli Nik Azlan turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara satu bulan sekiranya  gagal membayar denda.  Tertuduh membayarnya.

Pendakwaan dikemukakan mengikut mengikut Seksyen 15 (2)(c) Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau dengan denda yang tidak melebihi RM1,000 atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes, sehari selepas kejadian,  pengadu yang merupakan pemilik kondominium berkenaan di Jalan Medan Batu Caves di sini mendapati perabot (set meja makan) dalam unit kediaman itu telah hilang. 

Hasil maklumat daripada rakannya, pengadu kemudian pergi ke rumah di Taman Gemilang Indah dan mendapati perabot miliknya berada di rumah yang diduduki oleh bekas penyewanya.

Terdahulu tertuduh yang diwakili peguam Mohd. Redzuan Mohamed Yusoff dalam rayuannya memohon mahkamah mengenakan hukuman minimum dengan alasan kesalahan itu adalah yang pertama dilakukannya dan memberi jaminan anak guamnya akan lebih berhati-hati selepas ini.

Ujar peguam bela, Muhamad Ferrul menyewa kondominium itu sebagai ruang pejabat dan ketika keluar dari unit berkenaan, pekerjanya telah membawa keluar set meja makan itu ke rumahnya (tertuduh) kerana menyangka ia milik majikannya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Khairunnisak Hassni memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya