Tarif elektif kekal - Utusan Malaysia

Tarif elektif kekal

SHAMSUL ANUAR NASARAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 9.44 juta pengguna Tenaga Nasional Berhad (TNB) terus menikmati rebat elektrik sebanyak 2.00 sen/kWj bagi tempoh 1 Julai hingga 31 Disember ini.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, kerajaan bersetuju  membiayai pemberian rebat tambahan sebanyak 0.87 sen/kWj melibatkan peruntukan RM493 juta melalui dana Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE).

Katanya, pemberian rebat tambahan ini membolehkan semua pemilik akaun TNB menikmati purata diskaun sebanyak lima peratus bagi tempoh tersebut.

“Bagi pengguna-pengguna di Kulim High Technology Park (KHTP) yang mendapat bekalan elektrik daripada NUR Power Sdn. Bhd., Kerajaan juga bersetuju untuk memberi rebat elektrik sebanyak 2.00 sen/kWj kepada pengguna bukan domestik bagi tempoh 1 Julai hingga 31 Disember ini.

“Ini adalah kali pertama pengguna bukan domestik di KHTP menikmati rebat elektrik sejak mekanisme penetapan tarif Incentive-Based Regulations dilaksanakan pada tahun 2017. 

“Pemberian rebat ini dilaksanakan berikutan berlakunya penurunan harga bahan api gas dan bekalan elektrik pukal TNB pada separuh tahun pertama 2021 serta penjimatan daripada pelarasan kos sebenar bahan api bagi tempoh Julai hingga Disember 2020,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Dalam pada itu, Shamsul Anuar memaklumkan kerajaan telah bersetuju untuk memberi diskaun bil elektrik secara bersasar kepada pengguna-pengguna domestik dan bukan domestik untuk Semenanjung dan Sabah bagi tempoh Julai hingga September ini.

“Perkara ini akan diumumkan oleh Perdana Menteri.

“Justeru apa yang saya umumkan hari ini berbeza berbanding diskaun. 

“Namun penting kerana Kerajaan telah bersetuju membelanjakan RM493 juta agar tidak berlaku kenaikan tarif elektrik dan mengekalkan sebagaimana sekarang,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya