Tajuddin dikompaun RM1,500 - Utusan Malaysia

Tajuddin dikompaun RM1,500

TAJUDDIN ABDUL RAHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Pengerusi Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikenakan kompaun sebanyak RM1,500.

Keputusan itu dibuat Pejabat Peguam Negara semalam selepas kertas siasatan yang dilengkapkan berhubung perkara itu diserahkan minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, tawaran kompaun itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat ini.

Jelas beliau, Tajuddin dikompaun kerana gagal memakai pelitup muka semasa mengadakan sidang akhbar berkaitan insiden kemalangan tren di stesen transit aliran ringan (LRT) KLCC pada 25 Mei lalu.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

“Justeru, orang ramai dinasihati supaya terus mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam memerangi wabak Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pada 27 Mei lalu, Tajuddin hadir ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk dirakam keterangan.

Selain beliau, turut dipanggil Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan tiga kakitangan Prasarana.

Sebelum itu, media melaporkan polis menjalankan siasatan terhadap Tajuddin susulan video yang tular di media sosial menunjukkan Tajuddin tidak memakai pelitup muka.

Pada sidang media itu, Tajuddin dilihat hanya memakai pelindung muka tanpa memakai pelitup muka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya