Suami isteri rugi sebanyak RM12,500 disamun dua lelaki 

Suami isteri rugi RM12,500 disamun dua lelaki 

RUMAH mangsa yang dimasuki perompak dalam kejadian samun berkawan menggunakan senjata sebilah parang di Jalan Jambu, Felda Teloi Timur, Sik, Kedah hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SIK: Sepasang suami isteri kerugian RM12,500 selepas dua perompak memecah masuk rumah mereka di Jalan Jambu, Felda Teloi Timur di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Abdull Razak Osman berkata, dua orang yang tidak dikenali memasuki rumah mangsa untuk melakukan samun berkawan menggunakan senjata sebilah parang pada pukul 3.30 pagi.

“Siasatan awal mendapati, ketika mangsa wanita berumur 62 tahun sedang tidur di dalam bilik utama terjaga daripada tidur apabila terdapat pantulan cahaya mengenai matanya.

“Mangsa melihat kelibat dua orang lelaki yang tidak dikenali memakai topeng dan salah seorang daripadanya memegang sebilah parang bergelut dengan suaminya sambil meminta duit dan barang kemas yang dipakai mangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, akibat ketakutan, mangsa dan suaminya telah menyerahkan kesemua barang kemas miliknya bernilai lebih kurang RN10,500 dan wang tunai berjumlah RM2,000 yang diletakkan dalam poket seluar.

“Mangsa yang membuat pemeriksaan di sekitar rumahnya selepas itu mendapati pintu besi hadapan rumahnya telah diumpil,” ujarnya.

Selain itu, tambahnya, Kedua-dua mangsa tidak mengalami kecederaan dalam kejadian itu.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN