SIRIM lancar bank makanan untuk pekerja - Utusan Malaysia

SIRIM lancar bank makanan untuk pekerja

AHMAD Sabirin Arshad menunjukkan beberapa bahan makanan yang diletakkan dalam bank makanan di SIRIM Shah Alam, Selangor. - UTUSAN/MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Prihatin dengan nasib yang menimpa beberapa pekerjanya yang terkesan ketika pandemik Covid-19 ketika ini, SIRIM melancarkan bank makanan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan SIRIM, Datuk Dr. Ahmad Sabirin Arshad berkata, inisiatif tersebut dilakukan warga institut berkenaan bagi memastikan rakan sekerja mereka untuk sentiasa mempunyai barang makanan asas di rumah.

“SIRIM sedar ada anggota kerja yang terkesan dengan keadaan ekonomi sekarang dan mungkin ada yang tidak mahu bersuara kerana sebab tertentu.

“Oleh itu, kami harap sumbangan sesama anggota kerja ini seperti beras, minyak masak, susu pekat dan bahan makan lain dapat membantu meringankan sedikit beban,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, mana-mana warga SIRIM boleh mengambil barang daripada bank makanan berkenaan yang terletak di tempat khas di tiga pejabat SIRIM iaitu di Shah Alam, Rasa, Bukit Jalil dan juga Institut Metrologi Kebangsaan Malaysia (NMIM), Sepang.

Selain di empat lokasi itu, Ahmad Sabirin berkata, pihaknya turun meletakkan bank tersebut di sebuah tempat di Klang untuk warga kerjanya yang tinggal di daerah berkenaan mengambil barang bantuan terbabit.

“Kejayaan mengumpul sumbangan dalam tempoh yang singkat ini juga selaras dengan satu daripada teras budaya kerja SIRIM (SIRIM Cultural Beliefs) iaitu ‘Act Fast’ atau Bertindak Pantas.

“Program ini akan diteruskan selagi ada sumbangan yang diterima dan kami akan pastikan semua warga kerja mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa mengambil barang bantuan itu di bank itu,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN