“Saya memang suka sakat Zul Ariffin” - Ruhainies - Utusan Malaysia

“Saya memang suka sakat Zul Ariffin” – Ruhainies

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon cantik, Ruhainies mengakui selesa berkawan dengan pelakon, Zul Ariffin namun hubungan itu sekadar teman baik sahaja.

Jelas Ruhainies, sikap Zul yang mudah mesra dan senang berkawan menyebabkan mereka menjadi rapat sehingga peminat mendoakan jodoh bersama.

“Jodoh dengan Zul? Saya tak berani nak cakap soal itu. Tetapi setakat ini saya cukup selesa berkawan baik dengan dia. Seronok kawan dengan Zul.

“Saya memang suka menyakat dia di set penggambaran. Dia pun gila-gila juga. Kerja pun jadi senang bila dua-dua serasi,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Ruhainies mengulas harapan peminat yang mahu dia dan Zul bersama sebagai pasangan kekasih selepas serasi dalam drama Wifi Sebelah Rumah.

Malah, perkongsian video di Instagram Ruhainies juga mengundang komen-komen manis yang mahu hubungan itu diteruskan hingga ke jenjang pelamin.

Dalam pada itu, Ruhainies turut memuji sikap profesional Zul ketika berlakon bersama dan mengharap akan hadir naskhah baharu menggandingkan mereka.

“Walaupun penggambaran drama itu sudah tamat tapi hubungan kami masih baik. Lagipun kalau peminat suka gandingan kami, maksudnya berjayalah drama tersebut.

“Zul pun seorang lelaki yang baik dan sopan. Saya tak kisah pun kalau orang nak cakap atau doakan itu ini, jodoh kan rahsia Tuhan?” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.