Pikul keranda mangsa Covid-19 sejauh 1 kilometer - Utusan Malaysia

Pikul keranda mangsa Covid-19 sejauh 1 kilometer

TANGKAP layar video kakitangan Kementerian Kesihatan dilengkapi pakaian PPE memikul keranda mayat Orang Asli yang meninggal dunia akibat Covid-19 di Kampung Jeram Kedah, Ulu Beranang, Lenggeng, tular sejak kelmarin. - FOTO/MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sebuah rakaman video yang memaparkan empat orang kakitangan Kementerian Kesihatan dilengkapi pakaian peralatan perlindungan diri (PPE) yang memikul keranda mayat Orang Asli yang meninggal dunia disebabkan Covid-19 tular sejak dua hari lalu.

Kejadian dikatakan berlaku di Kampung Jeram Kedah, Ulu Beranang, Lenggeng dekat sini kira-kira pukul 1 petang, kelmarin.

Menurut pemilik akaun Facebook ‘Aliff Dal Ro Ya’ atau nama sebenarnya Mohd. Adree Zazalee, 37, dia yang juga merupakan seorang petugas Kementerian Kesihatan, memuat naik video berkenaan bagi memberi mesej kepada orang ramai mengenai bahaya Covid-19.

Ia juga menurutnya bagi menunjukkan pengorbanan yang dilakukan oleh kakitangan Kementerian Kesihatan bagi memastikan mayat dapat disempurnakan dengan baik mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Ini kali pertama kami menguruskan kematian Covid-19 membabitkan Orang Asli di daerah Seremban. Kami dimaklumkan lokasi tanah perkuburan tidak sesuai untuk dibawa kenderaan dan atas sebab itu kami harus memikul keranda berisi mayat sejauh kira-kira satu kilometer.

“Kami mengambil masa selama 30 minit untuk sampai ke tanah perkuburan yang telah digali oleh penduduk Orang Asli. Dua kali juga kami berhenti berehat dan dalam cuaca agak panas, kami yang lengkap berpakaian PPE tidak boleh meminum air sehingga semua urusan pengebumian dibuat serta sanitasi diri dilakukan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd. Adree yang turut mengikuti ke tanah perkuburan itu bersama tiga yang lain berkata, dia juga berharap agar video dan hantaran di Facebook berkenaan dapat meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai bahaya Covid-19 sekali gus memahami tugas serta cabaran yang harus dilalui petugas barisan hadapan dalam menyempurnakan tugas berkaitan Covid-19.

“Tiada apa yang kami harapkan melainkan kesedaran masyarakat mengenai Covid-19. Mereka boleh membantu pasukan barisan hadapan dengan mematuhi SOP serta bersama-sama memutuskan rantaian Covid-19,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.