Perisic sekat hajat Republik Czech - Utusan Malaysia

Perisic sekat hajat Republik Czech

Ivan Perisic menjaringkan gol penyamaan bagi memastikan Croatia menyekat hasrat Republik Czech daripada mengesahkan tempat ke saingan kalah mati.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GLASGOW: Jaringan penyamaan Ivan Perisic pada separuh masa kedua menyaksikan Croatia terikat 1-1 dengan Republik Czech dalam saingan Kumpulan D, Euro 2020.

Keputusan itu sekaligus menghalang Republik Czech daripada mengesahkan tempat mereka dalam saingan kalah mati selepas hanya meraih empat mata daripada dua perlawanan.

Dalam perlawanan itu, Republik Czech terlebih dahulu berada di hadapan menerusi sepakan penalti Patrik Schick yang meletakkannya di hadapan untuk memburu anugerah kasut emas selepas meraih gol ketiga dalam kejohanan itu.

Sementara itu, kapten Croatia, Luka Modric mengkritik pasukannya yang gagal beraksi cemerlang dan kini terpaksa menewaskan Scotland dalam perlawanan terakhir kumpulan untuk mara ke saingan kalah mati.

“Sangat mengecewakan selepas menamatkan perlawanan ini kerana kami tidak menang. Kami bermain seperti tiada strategi.

“Kami bermain dengan baik pada separuh masa kedua. Kami menjaringkan gol penting dan seharusnya boleh menjaringkan lebih banyak gol tetapi kami tidak berjaya.

“Kami terpaksa menewaskan Scotland dalam aksi terkahir untuk mara ke saingan kalah mati,” katanya.

Selepas tewas 0-1 kepada England dalam aksi pembukaan kemenangan ke atas Scotland akan memberikan mereka empat mata dan mereka boleh mara sebagai salah satu daripada empat pasukan di tempat ketiga terbaik.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya