Perancis bermain dengan selesa - Didier Deschamps

Perancis bermain dengan selesa

DIDIER Deschamps menganggap England miliki kepantasan dan mampu lakukan serangan balas yang baik.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUNICH: Pe­ngendali skuad Peran­cis, Didier Deschamps merasakan pa­su­kannya berada dalam ke­adaan selesa terutama selepas me­nun­dukkan Jerman dalam aksi pembukaan Euro 2020.

Jaringan sendiri Mats Hummels menyaksikan juara dunia itu meraih kemenangan tipis 1-0 di Allianz Arena.

Pertahanan berpengalaman itu gagal mengelakkan kakinya menyebabkan hantaran Lucas Hernandez menerjah masuk gawang yang dijaga Manuel Neuer selepas 20 minit aksi Kumpulan F berlangsung.

Jaringan Kylian Mbappe dan Karim Benzema dibatalkan ke­rana ofsaid namun ia tidak menghalang Perancis untuk meraih tiga mata penting dalam perlawanan itu.

“Kami bermain dengan baik menentang lawan yang hebat. Saya tahu pemain-pemain saya sudah bersedia untuk perlawanan ini.

“Kami hampir menjaringkan gol kedua yang boleh meletakkan kami dalam keadaan selesa tetapi kami tidak begitu bergelut pada separuh masa kedua. Perlawanan yang bagus dan ber­kualiti,” kata Deschamps.

Paul Pogba dinamakan sebagai pemain terbaik perlawanan dan dia menjadi punca Hummels menjaringkan gol sendiri dalam perlawanan itu.

“Kami fokus kepada matlamat kami semasa di dalam padang. Kami harus beraksi selaras dengan gelaran juara dunia,” kata Pogba. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.