Penyokong Harimau Malaya lebih 'sopan' kritik - Utusan Malaysia

Penyokong Harimau Malaya lebih ‘sopan’ kritik

PENYERANG Johor Darul Ta’zim (JDT) Guilherme De Paula terus mendapat kepercayaan pengendali skuad kebangsaan Tan Cheng Hoe apabila menjadi antara 28 pemain dipanggil ke kem latihan pusat skuad Harimau Malaya menjelang saingan Piala AFF di Singapura, bulan depan.- IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Harimau Malaya kalah lagi dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 dan terkeluar dari persaingan merebut tiket ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia selepas tumpas 1-2 kepada Vietnam malam tadi.

Bagaimanapun berbanding ketika dibelasah 4-0 oleh Emiriah Arab Bersatu (UAE) minggu lalu, kecaman yang dilempar terhadap pasukan, terutama pemain naturalisasi, Guilherme de Paula yang menjaringkan gol tunggal Malaysia menerusi sepakan penalti sedikit ‘lembut’.

Kritik tetap kritik, namun penggunaan bahasa penyokong lebih ‘sopan’ sama ada kerana Harimau Malaya menunjukkan permainan melawan sebelum kalah atau menghormati ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe yang kematian bapa beberapa jam sebelum perlawanan.

“Tahniah pasukan Malaysia. Dah buat yangg terbaik dari pengurusan dan pemain, tapi nak buat lagu mana, bukan rezeki kita nak menang lagi,” tulis pengguna Facebook, Mazlan Baharum dalam Utusan Online.

“Macam kurang sangat yang hentam kesilapan Brendan (Gan) bagi penalti ya, entah kenapa…Sedangkan pada masa tu, tempo menyerang kita lebih baik daripada Vietnam,” kata Shamsul Nizam J.

“Striker (penyerang) tak ada yang betul-betul tajam. Satu lagi Akhyar (Rashid) ditolak semasa membuat tandukan depan gol, tetapi pemain Vietnam terjatuh tanpa kontak yang jelas telah diberi penalti,” kata pemilik akaun Hasbullah Salleh.

“Safawi (Rasid) takleh gi (pergi), Akhyar pun sama. Beberapa prlwanan terakhir ni sayap Malaysia dah tak ada fungsi. Bagus lagi kalau TCH (Tan Cheng Hoe) cari pemain yg boleh control game berbanding pemain sayap yang takda idea mcm mana nak lepas daripada pertahanan tepi lawan,” tulis Azizul Basrah.

KESEBELASAN utama Harimau Malaya ketika menentang Vietnam.

Jurulatih kena lebih peka dalam pemilihan pemain. Siapa yg patut diambil dan siapa tidak patut diambil untuk mewakili Malaysia. Pemain tempatan pun ada yang lagi bagus daripada pemain natrulisasi,” komen Noor Asmadi Osman.

Bagaimanapun, ada juga peminat yang mempersoalkan tindakan De Paula berlari laju ke tepi padang dan menuju ke kamera ketika meraikan jaringannya pada minit ke-72.

“De paula lebih laju berlari semasa raikan gol berbanding semasa dalam perlawanan,” tulis Zainalabidin Hizmi.

“Terkejut aku tengok De Paula tu bole pula lari laju lepas score gol, dah tu dia punya celebrate dah mcm menang cup (piala),” kata Shaiful Nizar.

Game play De paula langsung tak mencabar benteng pertahanan Vietnam. Rasanya striker paling lemah dan tak function aku tengok .. sekadar gembira dapat meraikan goal penalti dan boleh berlari laju selepas menjaringkan goal penalti,” komen Syafiqs Nasruddin.
“Baru score sebijik dah jerit-jerit, baling-baling air bagai.. bukan buat menang pun penalti ko tu.. puiii…” tulis Azlan Zamzuri.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya