PH sedia hadapi PRN Johor bila-bila masa - Fahmi - Utusan Malaysia

PH sedia hadapi PRN Johor bila-bila masa – Fahmi

Fahmi Fadzil
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pakatan Harapan (PH) sedia berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada bila-bila masa susulan spekulasi bahawa satu Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) khas akan diadakan pada 24 Jun ini.

Pengarah Komunikasi PH, Datuk Fahmi Fadzil berkata, pihaknya tidak cemas sebaliknya sudah mempersiapkan jentera dan gerak kerja bagi menghadapi sebarang kemungkinan sedemikian.

“Kita tunggu dan dengar pandangan daripada Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim (dalam ucapan amanat) petang nanti. Selepas 24 Jun kita akan bersedia, PH sedia untuk apa-apa kemungkinan,” katanya kepada pemberita ketika diminta pada Konvensyen PH 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, di sini hari ini.

Terdahulu, tular satu mesej di aplikasi WhatsApp yang memaklumkan kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN berhubung sesi sidang DUN Khas, pada 24 Jun depan.

Sementara itu, mengulas tentang pengumuman Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi untuk BN bertanding di kesemua 56 DUN Johor, Fahmi berkata perkara itu tidak menjejaskan hubungan kerajaan perpaduan di peringkat pusat.

“Mungkin, mungkin ya (kerjasama antara PH dan BN dalam pilihan raya akan datang),” katanya ringkas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN