PenjanaKerjaya dijenamakan PenjanaKerjaya 3.0 - Utusan Malaysia

PenjanaKerjaya dijenamakan PenjanaKerjaya 3.0

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju melanjutkan PenjanaKerjaya dan dijenamakan sebagai PenjanaKerjaya 3.0 dengan beberapa penambahbaikan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, antaranya mengurangkan had kelayakan gaji daripada RM1,500 kepada RM1,200 untuk program Malaysianisation supaya memberi lebih dorongan kepada majikan untuk mengganti pekerja asing dengan pekerja tempatan.

“Selain itu, tempoh kontrak penggajian juga akan dilonggarkan daripada 12 bulan kepada enam bulan bagi kategori pekerja berusia 50 tahun ke atas, golongan OKU dan bekas banduan,” katanya dalam Pengumuman Khas Pemulih hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN