Istana Negara jadi tumpuan hari ini - Utusan Malaysia

Istana Negara jadi tumpuan hari ini

KENDERAAN rasmi yang membawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin keluar dari Istana Negara selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Istana Negara menjadi tumpuan hari ini apabila difahamkan beberapa pemimpin politik negara sama ada dari pihak kerajaan mahupun pembangkang akan mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah;

Sejak awak pagi lebih 30 orang wartawan dan jurugambar media tempatan dan antarabangsa berkumpul di pekarangan Pintu 2 Istana Negara bagi menanti ketibaan pemimpin parti politik yang dipanggil hari ini.

Selain itu, seramai lima anggota polis bertugas di kawasan sama bagi memastikan keadaan terkawal dan pemantauan terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) pencegahan Covid-19 seperti pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal.

Pemimpin parti-parti politik dilapor dijemput ke Istana Negara bermula hari ini bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dipercayai bagi membincangkan hal berkaitan kepemimpinan kerajaan dan politik semasa.

Justeru, pagi tadi, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menjadi orang pertama tiba di sana apabila konvoi rasminya dilihat memasuki Pintu Utama kira-kira pukul 7.49 pagi, bagaimanapun selepas beliau, belum ada pemimpin lain yang tiba.

Siri pertemuan itu dilapor melibatkan pemimpin seperti Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijemput menghadap Seri Paduka pada pagi ini.

Difahamkan, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng turut tiba pada hari ini apabila Setiausaha Organisasi Kebangsaannya, Anthony Loke Siew Fook memaklumkan, pertemuan bekas Menteri Kewangan itu dijadualkan berlangsung pada sebelah petang.

Selain itu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang juga pengasas Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dijangka ke Istana Negara esok (10 Jun).

Sementara pemimpin UMNO pula, difahamkan menjadi parti terakhir akan hadir menghadap Seri Paduka pada Jumaat (11 Jun).

Bagaimanapun, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang sebelum ini menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) tidak dimaklumkan tarikh jemputannya selepas mendapat jemputan pada 4 Jun lalu.

Sebelum ini, tular berita mengenai jemputan daripada Istana Negara kepada pemimpin-pemimpin politik untuk menghadap Seri Paduka. Siri pertemuan itu dilapor berlangsung bermula hari ini sehingga 11 Jun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya