PDRM siasat dakwaan ketidakpatuhan SOP di Pulapol - Utusan Malaysia

PDRM siasat dakwaan ketidakpatuhan SOP di Pulapol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang serius terhadap dakwaan berlaku ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol) yang tular melalui media sosial.

Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Zaini Jass berkata, pihaknya telah memulakan siasatan berhubung dakwaan itu.

Katanya, siasatan termasuk dakwaan yang turut mengandungi tohmahan terhadap pihak pengurusan di Pulapol.

“Kita mengesan dakwaan yang dikatakan melanggar SOP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara.

“Tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat pelanggaran SOP atau salah laku seperti didakwa itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Hari ini tular di media sosial dakwaan seorang lelaki berhubung pelanggaran SOP di Pulapol melibatkan pihak pengurusan dan pelatih.

Individu itu turut memuat naik gambar menunjukkan pelatih menjalankan aktiviti tanpa mengikut SOP.

Malah individu itu turut mendakwa pihak pengurusan pusat tersebut membenarkan pelatih merokok dan menghisap vape. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN