Parlimen bubar automatik hari ini? - Utusan Malaysia

Parlimen bubar automatik hari ini?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Parlimen atau Dewan Rakyat tidak terbubar secara automatik walaupun jarak masa enam bulan tiba hari ini iaitu 29 Jun 2021 sekiranya dikira dari tarikh 29 Disember 2020.

Pakar Perlembagaan, Prof. Datuk Shamrahayu Ab Aziz berkata, perkara itu setelah meneliti Perkara 55(1) Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 14(1)(b) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa) Perlu 2021.

Menurut beliau, jarak masa enam bulan antara sidang akhir dalam satu penggal dengan tarikh yang ditetapkan untuk mesyuarat pertama dalam penggal berikutnya adalah peruntukan di bawah Perkara 55(1) Perlembagaan Persekutuan iaitu berkaitan dengan ‘memanggil’ Parlimen untuk bersidang.

“Pada Seksyen 14(1)(a) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) adalah dinyatakan: “Peruntukan yang berhubungan dengan memanggil, memprorog dan membubarkan Parlimen dalam Perlembagaan Persekutuan tidak mempunyai kesan; dan…”.

“Oleh kerana Seksyen 14(1)(a) telah menyatakan, antara lain, ‘memanggil’ Parlimen tidak mempunyai kesan, maka jarak masa enam bulan juga tidak memberi kesan,” katanya dalam kenyataan di Facebook beliau hari ini.

Justeru, pada pandangan beliau, Parlimen tidak terbubar secara automatik walaupun jarak masa antara dua persidangan telah melangkau enam bulan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya