Pak Lah masih sihat - Utusan Malaysia

Pak Lah masih sihat

ABDULLAH AHMAD BADAWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pejabat Tun Abdullah Ahmad Badawi menafikan berita tular yang mengatakan bekas Perdana Menteri itu meninggal dunia.

Pejabat itu dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka menyebarkan berita palsu.

“Untuk makluman semua pihak, Tun berada dalam keadaan sihat walafiat di samping keluarga beliau. Pejabat akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menyebarkan berita palsu. 

“Pihak pengurusan berharap masyarakat dapat memastikan dahulu kesahihan dari pihak yang berautoriti sebelum menyebarkan apa-apa berita bagi mengelakkan kekeliruan,” kata kenyataan itu hari ini.

Terdahulu, pada pagi ini tular berita yang mengatakan Pak Lah meninggal dunia pada pukul 11.53 pagi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya