Neelofa sumbangkan 15 katil untuk hospital Melaka bagi kegunaan pesakit Covid-19

Neelofa sumbangkan 15 katil untuk hospital Melaka bagi kegunaan pesakit Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengacara dan usahawan selebriti, Neelofa telah memberikan sumbangan 15 buah katil bagi kegunaan pesakit Covid-19 di Hospital Melaka.

Perkara itu didedahkan  oleh seorang petugas barisan hadapan di hospital tersebut yang melahirkan penghargaan atas sumbangan tersebut.

Melalui hantaran di Instagram, petugas tersebut berkata, 15 katil itu ditempatkan di zon Dekon Hospital Melaka dan serta merta telah digunakan sepenuhnya untuk merawat pesakit Covid-19.

“Terima kasih tidak terhingga kepada Puan Neelofa atas sumbangan katil elektronik untuk kegunaan pesakit Covid di Hospital Melaka.

“Semoga Allah mengganjari amal jariyah ini dengan pahala dan kebaikan di dunia dan akhirat, 15 katil itu telah ditempatkan di zon Dekon Hospital Melaka dan telah digunakan sepenuhnya serta merta untuk merawat pesakit Covid 19,” katanya.

Petugas tersebut turut memetik hadis dari Ibn Umar r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Muslim itu saudara bagi Muslim yang lain, dia tidak menzalimi saudaranya dan tidak juga membiarkan dia dizalimi. Barangsiapa yang memenuhi hajat saudaranya maka Allah akan memenuhi hajatnya. Barangsiapa yang menghilangkan musibah kesusahan yang perit dari seorang Muslim, maka Allah akan hilangkan juga darinya kesusahan dan keperitannya pada hari Kiamat. Barangsiapa yang menyembunyikan aib saudaranya maka Allah akan sembunyikan aibnya pada hari Kiamat.”
-Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN