MN Selangor gesa kaji status kilang arak sebagai ‘essential’ - Utusan Malaysia

MN Selangor gesa kaji status kilang arak sebagai ‘essential’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Muafakat Nasional (MN) Selangor menggesa Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyemak semula status meletakkan kilang-kilang arak di bawah kategori ‘essential’ dan sekali gus mmbenarkan mereka beroperasi sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyeluruh.

MN Selangor dalam kenyataan bersama menegaskan, kilang dan pengeluaran arak sangat tidak munasabah dikategorikan sebagai ‘essential’ sebagaimana makanan dan minuman lain.

Menurut kenyataan itu, kilang pengeluaran arak sepatutnya ditutup dan tidak beroperasi sepanjang tempoh PKP menyeluruh seperti industri ‘non-essential’ lain.

“Kita berpandangan, ketika sedang dalam usaha memutuskan rantaian pendemik Covid-19, jangan sekali-kali kita membuka pintu dan ruang kemurkaan Allah SWT.

“Oleh demikian, kita mendesak supaya industri arak dikeluarkan daripada senarai ekonomi yang essential serta-merta,” katanya di sini hari ini.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Tan Sri Noh Omar dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi.

Dalam pada itu, MN Selangor turut menuntut agar kuasa menentukan sesuatu industri itu sama ada ‘essential services’ atau sebaliknya diputuskan secara kolektif oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Kita tidak mahu kuasa sepenuhnya menentukan industri diberikan kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri supaya kes seumpama kilang arak ini tidak berulang,” katanya.

Semalam, MKN dalam kenyataannya berkata, semua kebenaran untuk beroperasi dalam tempoh PKP penuh perlu mendapatkan permit daripada kementerian itu semula.

Jelas kenyataan itu, keputusan itu dibuat semasa mesyuarat yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mana permohonan baharu bagi kebenaran perjalanan untuk bekerja perlu dikemukakan semula melalui portal Covid-19 Intelligent Management System (CIMS) 3.0 yang diselaraskan kementerian berkenaan dengan melibatkan semua kementerian yang mengawal selia 17 perkhidmatan perlu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya