Mei catat kes bunuh diri tertinggi di Pulau Pinang - Utusan Malaysia

Mei catat kes bunuh diri tertinggi di Pulau Pinang

MKN bersetuju Pulau Pinang beralih kepada Fasa 2.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri merekodkan sebanyak 22 kes ancaman bunuh diri dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Jumlah itu sudah mengatasi keseluruhan kes bunuh diri yang dilaporkan sepanjang tahun lalu iaitu hanya sebanyak 19 kes.

Pengarah JBPM negeri, Saadon Moktar berkata, kejadian bunuh diri tahun ini mula dilaporkan pada 6 Januari sehingga pada 25 Jun lalu melibatkan lima daerah di negeri ini.

SAADON MOKTAR

Menurutnya, berlaku kekerapan kes ancaman bunuh diri sehingga melibatkan kematian mangsa setiap minggu adalah pada Mei lalu dan menjadi angka tertinggi setakat pertengahan pertama tahun ini.

“Statistik menunjukkan sebanyak 15 kes ancaman bunuh diri berlaku di bangunan kediaman seperti kondominium, apartment dan pangsapuri manakala lima kes lagi berlaku di Jambatan Pulau Pinang dan dua di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’ adzam Shah.

“Terkini pada 25 Jun lalu melibatkan seorang wanita tempatan yang bertindak terjun dari kilometer 14.1 Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah. Mangsa berjaya diselamatkan oleh sekumpulan nelayan pantai,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Jelasnya, selain di jambatan Pulau Pinang, Jambatan Tengku Abdul Rahman di Sungai Perai juga menjadi antara lokasi kejadian bunuh diri di negeri ini.

“Tempoh operasi mencari dan menyelamat mangsa yang terjun dari jambatan pula bergantung pada keadaan laut dan cuaca pada hari kejadian.

“Paling cepat mengambil masa selama sejam dan paling lambat adalah selama lima hari,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya