Masih ada lagi kilang ingkar SOP - Utusan Malaysia

Masih ada lagi kilang ingkar SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pasukan Task Force Operasi Pematuhan di seluruh negara semalam mendapati masih ada lagi kilang yang ingkar prosedur operasi standard (SOP).

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebanyak dua buah kilang dan 11 premis perniagaan diarahkan tutup selepas pemeriksaan oleh pasukan itu.

“Secara kumulatif, pasukan ini telah melaksanakan sejumlah 97,560 pemeriksaan mengejut di seluruh negara dengan kekuatan 21,248 anggota,” kata beliau menerusi kenyataan hari ini.

Kerajaan jelasnya, akan terus mempertingkatkan penguatkuasaan secara menyeluruh ke atas kilang dan premis perniagaan yang didapati masih banyak lagi berlaku pelanggaran arahan.

Ia sejajar dengan pengumuman beliau sendiri beberapa hari lepas susulan ada pemilik kilang berdegil ingkar SOP diwartakan termasuk bukan dalam senarai perlu atau lebih had pekerja.

Ismail Sabri juga mengesahkan, tiada pekerja asing yang disahkan positif Covid-19 selepas 70 orang disaring di seluruh negara semalam setelah melalui ujian saringan wajib kelolaan Kementerian Sumber Manusia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN