Mahu lihat masjid kembali imarah, dorong imam ambil vaksin - Utusan Malaysia

Mahu lihat masjid kembali imarah, dorong imam ambil vaksin

SERAT Awang Hat sewaktu mengambil suntikan vaksin Covid-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), Spice Arena, Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Mahu melihat masjid kembali diimarahkan menjadi pendorong utama seorang imam, Serat Awang Hat, 70, mengambil suntikan vaksin Covid-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), Spice Arena, Bayan Lepas, di sini baru-baru ini.

Serat yang merupakan imam di Masjid Jamek Teluk Bahang berkata, aktiviti pengimarahan di masjid itu terbatas sepanjang pandemik Covid-19 sejak Mac tahun lalu kerana perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan.

Jelasnya, situasi itu sangat menyedihkan buat umat Islam terutama anak-anak kariah dan satu-satunya cara untuk memastikan masjid kembali diimarahkan adalah dengan mencapai imuniti kelompok menerusi vaksin Covid-19.

“Jadi saya berharap anak-anak kariah Masjid Jamek Teluk Bahang dan masjid-masjid lain segera mendaftar sebagai penerima vaksin supaya kita dapat kembali mengimarahkan masjid,” katanya di sini hari ini.

Menurut Serat, suntikan vaksin itu adalah salah satu ikhtiar yang diambil bagi melindungi diri daripada wabak Covid-19.

“Kita perlu ingat mengambil vaksin juga sebagai langkah pencegahan, yang memberi penawar daripada sebarang mudarat adalah Allah SWT.

“Selain mengambil vaksin, kita juga perlu terus berdoa supaya pandemik Covid-19 ini segera berakhir,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, dia yang menerima vaksin Covid-19 jenis AstraZeneca berada dalam keadaan baik tanpa sebarang kesan sampingan.

Katanya, dia sebelum ini juga bimbang sekiranya menerima vaksin berkenaan memandangkan pernah membaca mengenai kesan sampingan kepada penerimanya.

“Saya rasa sihat dan dapat meneruskan aktiviti seperti biasa selepas menerima suntikan vaksin Astra Zeneca ini.

“Saya akan melengkapkan dos vaksin pada Julainanti. Saya berharap lebih ramai tampil mendapatkan vaksin ini untuk keselamatan semua pihak,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN