Lelaki disyaki positif Covid-19 ditemukan tergantung - Utusan Malaysia

Lelaki disyaki positif Covid-19 ditemukan tergantung

LELAKI dipercayai menggantung diri akibat tidak tahan sakit selepas disyaki positif Covid-19 di jejantas di Balakong, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang lelaki berusia 56 tahun ditemukan tergantung di jejantas Taman Impian Ehsan, Balakong di sini pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor menerima panggilan pada pukul 9.50 pagi.

Jurucakap JBPM Selangor berkata, sebanyak 10 anggota dan pegawai bomba dari Balai Bomba Penyelamat Bandar Tun Hussein Onn dikejarkan ke lokasi kejadian untuk mengangkat mangsa.

Katanya, pasukan yang diketuai PBK II Amirullah Jamaludin itu tiba di lokasi kejadian pada pukul 9.54 pagi.

“Ketika tiba, seorang lelaki ditemukan tergantung dipercayai membunuh diri.

“Kerja-kerja menurunkan mayat dijalankan dan diserahkan pada pihak polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, maklumat awal daripada waris mendapati mangsa disyaki dijangkiti Covid-19.

“Dia mengatakan tidak tahan dengan sakit yang dialaminya seperti batuk, demam dan sesak nafas. Mayat dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Kajang untuk tujuan bedah siasat,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya