ALOR SETAR: Seramai 40 anggota polis ditugaskan mengawal sebuah kilang kayu di Pokok Sena,, di sini selepas dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuat kuasa hari ini hingga 9 Julai ini.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, anggota polis terlibat melakukan kawalan yang ketat di kawasan kilang itu dalam tempoh 24 jam setiap hari.
Katanya, sebanyak dua lokasi kawalan dibuka bagi mengawal pekerja di kilang itu dengan memasang pagar berduri pada sepanjang tempoh tersebut.
“Lebih 1,000 pekerja akan melakukan ujian saringan Covid-19 di dua blok asrama kilang berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas melakukan pemeriksaan di sebuah kilang kayu, di hari ini.
Beliau memberitahu, kebanyakan pekerja di kilang kayu ini adalah pendatang asing terutama Bangladesh.
“Kementerian Kesihatan (KKM) terpaksa melakukan ujian saringan itu terhadap semua pekerja bagi mengekang penularan Covid-19 di kilang ini,” ujarnya.
Sehubungan itu, Ahmad Shukri berkata, kilang itu diarah menutup operasinya apabila salah seorang pekerjanya didapati positif Covid-19, baru-baru ini.
Menteri Kanan (Keselamatan) , Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam mengumumkan sebuah kilang kayu di Pokok, Alor setar akan melaksanakan PKPD bermula hari ini hingga 9 Julai ini. – UTUSAN ONLINE