Lari ke hutan, terjun sungai takut kena suntik vaksin Covid-19 -

Lari ke hutan, terjun sungai takut kena suntik vaksin Covid-19

Majoriti penduduk di kawasan luar bandar India enggan mengambil suntikan vaksin Covid-19 kerana terpengaruh dengan maklumat palsu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: India pada Sabtu mencatatkan 120,529 kes baharu positif Covid-19  dalam tempoh 24 jam terakhir, sementara kematian meningkat 3,380 orang.

Jumlah jangkitan di negara itu sudah mencapai 28.69 juta dan angka kematian keseluruhan mencecah 344,082 jiwa, demikian menurut data dari Kementerian Kesihatan India.

Baru-baru ini lonjakan jangkitan itu telah melumpuh bandar-bandar di India, namun kini ia semakin  reda.

Namun pandemik itu kini mula melanda kawasan pedalaman dan luar bandar yang mana penduduknya mempunyai  pengetahuan minimum tentang Covid-19

Kurangnya maklumat dan pengetahuan mengenai Covid-19 menyebabkan mereka takut kepada pada petugas kesihatan.
Ketika para petugas itu mengetuk pintu rumah, para penghuninya kadang-kadang lari menyembunyikan mengelak daripada menjalani ujian atau disuntik vaksin.
Seorang warga desa Dhatrath bernama Kumari mengatakan, ramai orang di desanya tidak mau menerima  vaksin kerana takut mati.

Bahkan seorang penduduk marah-marah hingga memukul petugas kesihatan yang berusaha meyakinkannya untuk divaksinkan.

“Banyak orang di desa saya tidak mahu menerima vaksin. Mereka takut mereka akan mati jika mengambilnya,” kata Kumari kepada AFP.

“Salah seorang penduduk desa sangat marah sehingga dia memukul seorang pekerja (kesihatan) yang berusaha meyakinkannya untuk mengambil  vaksin,” sambungnya.

Ketakutan untuk menjalani ujian  dan mengambil vaksin  Covid-19 seolah-oleh merasuk penduduk luar bandar meskipun mereka telah melihat dengan mata kepala sendiri bagaimana mayat dibuang di sungai dan ratusan kubur cetek menunjukkan bahawa Covid-19 mengamuk di pedalaman India.

Di desa Nuran Khera di Haryana, penduduknya enggan disuntik dengan alasan ramai  orang mengalami demam, dan puluhan lagi meninggal dunia.

“Bahkan setelah membuka pusat vaksin di sini, tidak ada yang sedia menerimanya,” kata seorang penduduk, Rajesh Kumar kepada AFP.

“Saya tidak akan mengambil vaksin kerana ada banyak kesan sampingan. Orang menjadi sakit setelah mendapatkan vaksin,” sambungnya.

Di bahagian lain negara itu, muncul laporan bagaimana penduduk melompat terjun ke dalam sungai atau melarikan diri ke hutan hanya untuk mengelakkan diri daripada para petugas kesihatan yang mahu melakukan ujian Covid-19 atau divaksinkan.

Hom Kumari, seorang petugas kesihatan di desa Bhatau Jamalpur di Uttar Pradesh, mengatakan warga setempat tidak mungkin dapat diyakinkan.

“Apabila kita menerangkan kepada mereka, jawapannya ‘jika saya ditakdirkan untuk hidup, saya akan hidup, walau tanpa vaksin’,” katanya.

Ada yang percaya bahawa pergi ke hospital lebih berbahaya daripada duduk di rumah.

Kerana mereka yakin orang yang pergi ke hospital tidak akan kembali lagi.

“Orang yang pergi ke hospital tidak pernah kembali,” kata warga desa di Nuran Khera, yang menyebut nama sebagai Kuldip, kepada AFP.

Seorang doktor di desa Miyaganj di utara Uttar Pradesh, Shoeb Ali memberitahu AFP, bahawa penduduk tidak menjalani ujian Covid-19 karena merasakan apabila mereka melakukannya kerajaan akan mengatakan mereka telah dijangkiti.

Pelbagai khabar angin tentang Covid-19 juga tersebar secara online atau melalui WhatsApp.

Kebimbangan membuta-tuli itu menyebabkan  ada penduduk yang menyerang menara telekomunikasi 5G di Haryana kerana terpengaruh dengan dakyah bahawa teknologi 5G punca Covid-19. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya