Kedudukan Southgate tetap terjamin - Utusan Malaysia

Kedudukan Southgate tetap terjamin

GARETH Southgate diberi jaminan bahawa kedudukannya selamat bersama England sehingga Piala Dunia Qatar 2022.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Gareth Southgate tidak akan dipecat meskipun England meraih keputusan kurang memberangsakan di Euro 2020 dengan The Three Lions bakal bertemu Croatia dalam aksi pembukaan, esok.

Pengendali berusia 50 tahun itu sedang mempersiapkan pasukannya bagi aksi di Stadium Wembley menentang pasukan yang meranapkan impian The Three Lions di Piala Dunia, tiga tahun lalu.

Menamatkan saingan di Rusia di kedudukan keempat, England merupakan salah satu pasukan pilihan di Euro dan Southgate berjaya membawa pasukan itu dengan baik setakat ini.

Persatuan Bolasepak Inggeris (FA), bersedia untuk mengekalkan Southgate bersama barisan pemain-pemainnya sehingga Piala Dunia 2022 meskipun tidak berjaya di Euro.

Southgate berjaya membentuk sebuah pasukan menarik selari dengan kehendak FA yang mahu persediaan dilakukan untuk Qatar 2022.

“Kami perlu buktikan kecemerlangan England. Kejohanan akan bermula dan kami perlu tunjukkan kemampuan sebenar kami untuk tempoh empat minggu ini.

“Pemain-pemain mahu keputusan positif bercakap untuk mereka kerana ini adalah peluang yang jarang berlaku,” kata Southgate.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya