fbpx

‘Kami mahu menang Piala Euro’

PENYERANG Itali, Ciro Immobile ketika sesi latihan sebelum perlawanan kedua Kumpulan A menentang Switzeland di Stadium Olimpik, Rom pagi esok. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MENJUARAI EURO 2020 adalah matlamat utama selepas skuad Azzurri bimbingan Rober­to Mancini memulakan langkah kanan mengalahkan Turki de­ngan jaringan selesa 3-0 di Rome, Jumaat lalu.

Dengan kemenangan berga­ya itu, penyerang berbisa Itali, Andrea Belotti menaruh ke­ya­kinan pasukan Itali mampu menggapai gelaran juara itu sekali pun sedar bahawa ia bukanlah jalan mudah.

“Kami yakin dengan keupa­yaan kini dan kami mahu memenangi kejohanan ini. Kegagalan melayakkan diri ke Piala Dunia 2018 cukup memalukan dan ia adalah pengajaran.

“Kami tahu dan sedar laluan menuju juara cukup berliku tetapi kami akan berusaha bersama dan terus kepada sasaran menang dalam semua perlawanan,” kata Belotti dalam laman rasmi Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA), UEFA.com.

Di bawah bimbingan Mancini, Itali menunjukkan prestasi memberangsangkan selepas merekodkan 28 perlawanan tanpa tewas menjelang pertemuan dengan Switzerland di ibu negara mereka pada jam 3.00 pagi Khamis ini.

Juara Eropah 1968 itu juga belum ditembusi dalam sembilan perlawanan terakhir dalam semua kejohanan, di mana mereka telah mengharungi 875 minit permainan tanpa bolos sejak gol terakhir oleh pemain Belanda, Donny van de Beek pada Oktober tahun lalu.

Catatan rekod, Itali pernah kalah sekali dalam 24 perlawanan menentang Switzerland di laman sendiri, dan sekali tewas pada perlawanan persahabatan di Stadio Olimpico pada 1982 yang juga perlawanan pertama selepas mereka bergelar juara dunia.

“Kami rasa bersemangat dan semua pihak memberi kerjasama yang jitu. Menyarung jersi negara adalah satu tanggungjawab dan menang dalam setiap aksi adalah matlamat utama selepas gagal ke Piala Dunia.

“Kami akan tebus kekalahan itu dan menjadi tugas kami memberikan sesuatu yang le­bih. Sama ada yang beraksi di padang atau di bangku simpanan, semua dalam kalangan penting.

“Apa-apa sahaja boleh berlaku dalam perlawanan yang berlangsung selama 90 minit,” tambah Belotti.

Kemenangan ke atas Switzerland dalam perlawanan ke­dua ini akan meletakkan Itali sebagai pasukan pertama mela­yakkan diri ke pusingan kalah mati Euro 2020.

POPULAR

KOSMO! TERKINI