Euro: ‘Kami kalah kerana kesilapan saya lakukan' - de Ligt

‘Kami kalah kerana kesilapan saya’ – de Ligt

PEMAIN Belanda berjalan keluar padang dengan wajah sugul selepas tewas 0-2 kepada Republik Czech. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUDAPEST: Pemain pertahanan Belanda, Matthijs de Ligt bersedia untuk dipersalahkan selepas pasukannya tersingkir daripada saingan Euro 2020 apabila tewas 0-2 kepada Republik Czech.

Czech yang turun sebagai pasukan underdog memberi kejutan pertama dalam peringkat 16 terbaik apabila menunjuk jalan keluar kepada Belanda tetapi kemenangan itu dibantu oleh De Ligt.

Pertahanan Juventus itu dibuang padang 10 minit selepas memasuki babak kedua kerana menolak bola menggunakan tangannya ketika menerima cabaran daripada penyerang Czech, Patrik Schick.

Dia pada mulanya terlepas hukuman lebih berat apabila hanya dilayangkan kad kuning namun kemudian menerima kad merah selepas insiden itu dilihat semula menerusi video bantuan pengadil (VAR).

“Saya berasa sedih. Insiden itu mengubah rentak permainan dan saya berasa bertanggungjawab. 

“Saya dapat lihat setiap pemain bekerja keras dan amat bangga dengan mereka tapi saya bersalah kerana insiden itu.

“Saya terjatuh selepas ditolak yang menyebabkan saya menggunakan tangan untuk menolak bola,” kata De Ligt kepada stesen penyiar NOS.

Gol tandukan Tomas Holes dan jaringan Schick diperolehi selepas de Ligt dikeluarkan pada minit ke-55 sekali gus memastikan Czech mara ke suku akhir dan bakal berdepan Denmark pada 3 Julai ini di Baku.

Sementara itu, ketika De Ligt menyalahkan dirinya namun rakan sepasukannya enggan meletakkan punca kekalahan sepenuhnya kepada pertahanan muda tersebut.

“Kami tidak boleh menyalahkan De Ligt, saya tahu dia merasa seperti dia bertanggung jawab tetapi kami sebenarnya gagal bermain dengan baik,” ujarnya.

Kapten Belanda, Georginio Wijnaldum turut mengatakan perkara sama dan mengakui kegagalan pasukan memanfaatkan peluang menyebabkan mereka tewas.

“Gol yang kami berikan dan kegagalan memanfaatkan peluang yang kami perolehi. Semua itu bermain dalam kepala kami,” jelasnya.

Dalam pada itu, Schick berkata ia satu perlawanan yang sangat baik dan berterima kasih kepada penyokong yang memberi sokongan padu kepada pasukan.

“Mereka mencipta suasana yang hebat dan kita semua menikmati kejayaan ini selepas perlawanan. Gol saya, memang saya sudah mensasarkan dan bukan jaringan yang sukar untuk dilakukan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya