Kami buat silap beri penalti - Shevchenko - Utusan Malaysia

Kami buat silap beri penalti – Shevchenko

Andrey Shevchenko mengakui Ukraine melakukan kesilapan apabila menghadiahkan Macedonia Utara sepakan penalti.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUCHAREST: Pengendali Ukraine, Andriy Shevchenko mengakui pasukannya melakukan kesilapan dengan menghadiahkan penalti kepada Macedonia Utara sebelum menang 2-1 dalam aksi Euro 2020, hari ini.

“Kesilapan kami adalah memberikan penalti kepada lawan, seharusnya kami menambah jaringan kerana memiliki peluang berharga tetapi gagal.

“Macedonia Utara memiliki karakter yang bagus dan berjaya menghukum kesilapan kami,” katanya.

Dalam aksi itu, Andriy Yarmolenko dan Roman Yaremchuk masing-masing meledak jaringan kedua mereka dalam kejohanan itu selepas menjaringkan gol ketika tewas 2-3 kepada Belanda.

Keputusan itu meletakkan skuad kendalian Shevchenko dalam keadaan selamat untuk meneruskan saingan di kejohanan itu.

Ezgjan Alioski bertindak pantas melakukan rembatan susulan selepas sepakan penaltinya diselamatkan untuk Macedonia Utara merapatkan kedudukan pada minit ke-57.

Tetapi, Ukraine terlepas peluang untuk mendahului selesa apabila Ruslan Malinovskyi gagal menyempurnakan sepakan penalti.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya