Jangan jadikan anak-anak mangsa Covid-19 - Noor Hisham

Jangan jadikan anak-anak mangsa Covid-19

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Ibu bapa dan penjaga dirayu agar melindungi kanak-kanak dengan tindakan proaktif bagi memastikan golongan terbabit tidak dijangkiti Covid-19 selepas terdapatnya peningkatan kes yang membimbangkan melibatkan mereka yang berusia lima tahun ke bawah.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya melahirkan kerisauan apabila terdapat peningkatan kes melibatkan bayi berusia kurang daripada satu tahun dan kanak-kanak bawah lima tahun.

Katanya, ibu bapa berperanan sebagai pelindung kepada kanak-kanak dengan mengambil berat isu keselamatan dan kesihatan golongan ini.

“Ini kerana golongan terbabit masih kecil dan sistem pertahanan tubuh mereka belum matang di mana mereka cenderung untuk dijangkiti virus SARS-CoV-2 dan kumpulan ini juga belum termasuk dalam golongan usia yang layak menerima suntikan vaksin melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK). 

“Dalam usaha melindungi golongan itu, ibu bapa dan penjaga perlu segera mendaftarkan diri bagi mendapatkan vaksin kerana hanya melalui cara ini, persekitaran yang lebih selamat dapat dibina bagi kelestarian generasi masa hadapan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, pergerakan anak-anak perlu dikawal dengan kekal berada di rumah dan tidak keluar berjumpa kawan atau mengunjungi jiran tetangga.

Katanya, ibu bapa sendiri perlu menjalankan tanggungjawab ini dan tidak membenarkan anak-anak remaja mengunjungi tempat tempat awam yang sesak dan berisiko tinggi.

“Anak-anak perlu dinasihatkan untuk sentiasa memakai pelitup muka dan mengamalkan kebersihan kendiri yang betul sekiranya terpaksa keluar dari rumah atas urusan tidak dapat dielakkan misalnya ke hospital atau klinik.

“Bagi ibu bapa yang mempunyai bayi dan kanak-kanak bawah lima tahun perlu menjalankan tanggungjawab dengan kekal duduk di rumah. Jangan bawa keluar berjalan-jalan,” katanya.

Isnin lalu, Utusan Online melaporkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba mendedahkan seramai 82,341 kanak-kanak berusia di bawah 18 tahun telah dijangkiti Covid-19 sehingga minggu lalu.

Beliau mendedahkan perkata itu dalam sidang akhbar perkembangan PICK bahawa jika dipecahkan mengikut kategori, sebanyak 19,851 kes melibatkan bayi sehingga kanak-kanak berusia empat tahun.

“Kanak-kanak berusia lima hingga enam tahun sebanyak 8,237 kes dan tujuh hingga 12 tahun, sebanyak 26,851 kes manakala 13 hingga 17 tahun, sebanyak 27,402 kes.

“Susulan peningkatan kes membimbangkan dalam kalangan kanak-kanak, ibu bapa yang ingkar hingga menyebabkan golongan berisiko tinggi terutama kanak-kanak dijangkiti Covid-19 boleh dikenakan tindakan undang-undang mengikut Akta 342,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya