Jangan bohong untuk jadi popular, Syed Saddiq mesti minta maaf -

Jangan bohong untuk jadi popular, Syed Saddiq mesti minta maaf

WAN SAIFUL WAN JAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul digesa memohon maaf kerana didakwa berbohong berkenaan itu jualan tanah di lapangan terbang Subang.

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, beliau terkejut apabi;a menerima satu video Syed Saddiq menuduh kerajaan hendak jual lapangan terbang Subang sampai tahun 2092 kepada seorang bilionaire melalui rundingan terus.

“Kemudian, dalam video lain, Syed Saddiq secara spesifik menuduh kerajaan “masih ingin menerima cadangan yang diketengahkan oleh tauke WCT.”

“Lapangan terbang Subang dimiliki oleh Kerajaan Malaysia seperti banyak lapangan terbang lain dalam negara.

“Tidak pernah ada satu pengumuman pun yang dibuat yang mengatakan bahawa kerajaan yang “nak jual Subang Airport sampai tahun 2092” seperti yang dituduh oleh Saddiq.

“Hari ini kerajaan telah umumkan dengan jelas bahawa kerajaan tiada rancangan untuk menjual hartanah lapangan terbang Subang,” katanya dalam satu kenyataan.

Wan Saiful berkata, Syed Saddiq telah belajar memfitnah dan berbohong apabila menuduh kerajaan mahu menjual lapangan terbang Subang kepada WCT.

“Saya tuntut Syed Saddiq minta maaf secara terbuka kepada YAB Tan Sri Muhyiddin kerana video tersebut mencemar nama baik YAB Tan Sri dan semua pembuat keputusan dalam hal ini.

“Kalau tak ada bukti, minta maaf, dan jangan ulangi fitnah ini.

“Syed Saddiq, nak cari populariti boleh. Saya tahu YB Saddiq memang pandai dalam teknik populis. Tapi janganlah membawa fitnah. Politik baru mesti bebas fitnah.

“Kadang-kadang saya terfikir juga. Saya tak pelik kalau kerajaan terima banyak cadangan mengenai lapangan terbang Subang, termasuk cadangan dari pengurusan MAHB sendiri. Terima cadangan  ini perkara biasa.

“Tapi nampaknya Syed Saddiq fokus hanya lawan satu cadangan spesifik saja. Yang lain-lain dia tak komen langsung. Ada rundingan dengan sesiapa kah hingga sanggup berbohong dakwa kerajaan nak jual kepada WCT, atau adakah ini menunjukkan Syed Saddiq tak kompeten dalam menilai maklumat?” Katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya