Piala Euro: Itali mahu memenangi semua perlawanan

Itali mahu menang semua perlawanan

PEMAIN Itali gigih menjalani latihan di Stadium Olimpik, Rom menjelang perlawanan menentang Switzerland pada Khamis jam 3 pagi. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Bersandarkan prestasi dan rekod cemerlang tanpa tewas dalam 28 perlawanan sebelum ini, Itali dengan penuh yakin mahu memburu kemenangan kedua apabila turun menentang Switzerland dalam perlawanan Kumpulan A pagi esok.

Kejayaan membenam pasukan Valdimir Petkovis itu juga akan menjadikan Skuad Azzurri bimbingan Ro­berto Mancini sebagai pasukan pertama layak ke pusi­ngan kalah mati Euro 2020.

Walaupun menyedari laluan ke puncak (final) penuh liku, namun Mancini bersama para pemainnya yakin mampu meranapkan impian mana-mana pasukan yang berdepan dengan Itali.

“Sangat penting untuk bermula dengan baik di sini (Rom) dan saya rasa kami memuaskan semua orang, untuk peminat dan semua orang Itali yang menonton. (Tetapi) ada enam perlawanan yang harus dilalui dan ada banyak pasukan yang bagus,” kata Mancini.

Sementara itu, penyerang Itali, Ciro Immobile berkata, dia bersama rakan-rakan kini benar-benar fokus untuk memberikan yang terbaik pada semua perlawanan.

“Setiap kemenangan yang diraih didedikasikan kepada rakyat dan peminat Itali,” ujarnya.

Seorang lagi penyerang berbisa, Andrea Belotti melahirkan keyakinan bahawa Itali bakal mengungguli takhta Euro kali ini.

“Kami yakin dengan keupayaan kini dan kami mahu memenangi kejohanan ini. Kami tahu dan sedar laluan menuju juara cukup berliku tetapi kami akan berusaha bersama dan terus kepada sasaran menang dalam semua perlawanan.

“Kami rasa bersemangat dan semua pihak memberi kerjasama yang jitu. Menyarung jersi negara adalah satu tanggungjawab dan menang dalam setiap aksi adalah matlamat utama me­nuju ke final dan menjuarai Euro,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya