Industri sarang burung walet penyumbang besar ekonomi negara - Utusan Malaysia

Industri sarang burung walet penyumbang besar ekonomi negara

PADA 2019, jumlah eksport industri sarang burung walet adalah sebanyak 5,654 tan metrik dengan nilai RM1.154 bilion manakala pada tahun lalu, jumlah eksport adalah sebanyak 3,640 tan metrik dan bernilai RM1.385 billion.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Industri sarang burung walet merupakan sektor berasaskan ternakan adalah antara penyumbang besar ekonomi negara apabila nilai eksport mencecah 962 tan metrik dengan jumlah RM714 juta sehingga April lalu.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, perkara itu menunjukkan eksport komoditi itu terus kekal kukuh walaupun ketika saat negara masih mengharungi penularan pandemik Covid-19.

“Pada 2019, jumlah eksport industri ini adalah sebanyak 5,654 tan metrik dengan nilai RM1.154 bilion manakala pada tahun lalu, jumlah eksport adalah sebanyak 3,640 tan metrik dan bernilai RM1.385 billion.

“Oleh demikian pihak kementerian sentiasa menggalakkan pengeksportan produk-produk sarang burung walet ke Iuar negara bagi meningkatkan nilai eksport produk dan daya saing industri ini secara keseluruhannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Kiandee melakukan tinjauan operasi di loji pemprosesan sarang burung walet PT Swift Marketing Sdn. Bhd. dekat sini bagi memastikan operasi yang terlibat dalam pasaran eksport tidak terganggu dan berterusan sepanjang masa.

Dalam pada itu, Jabatan Perkhidmatan Veterinar memaklumkan sektor pertanian, penternakan, perikanan serta industri makanan terus dibenarkan beroperasi selaras dengan SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan fasa dua, tiga dan empat Pelan Pemulihan Negara.

Ia sejajar hasrat Kementerian Pertanian dan Industri Makanan untuk memastikan operasi sektor tersebut tidak mengalami sebarang gangguan bagi menjamin kelangsungan rantaian ekonomi negara.

“Sehingga semalam, pihak kementerian melalui jabatan dan agensi di bawahnya telah mengeluarkan sebanyak 105,869 surat kebenaran yang terlibat di dalam sektor pertanian tidak formal termasuk aktiviti rantaian pembekalan dan pemasaran berkaitan keperluan makanan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya