Heret, terajang, pijak kepala teman wanita: Lelaki dipenjara dua bulan - Utusan Malaysia

Heret, terajang, pijak kepala teman wanita: Lelaki dipenjara dua bulan

RAHIMAN Rahim di luar mahkamah. - GAMBAR TODAY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Seorang lelaki dijatuhkan hukuman penjara kerana menarik rambut teman wanitanya dan mengheret wanita itu keluar dari sebuah kelab di Sentosa, di samping menendang muka apabila wanita tersebut terbaring di lantai.

Atas tindakannya itu, Rahiman Rahim, 31, dijatuh hukuman penjara selama dua bulan kerana mencederakan wanita itu dengan sengaja.

Berita Mediacorp melaporkan, mahkamah diberitahu pasangan berkenaan, yang sudah putus hubungan, bertemu dengan kawan-kawan mereka di Rumours Beach Club sekitar 4.40 petang pada 29 Julai tahun lalu.

Kedua-dua tertuduh dan mangsa, mabuk dan mula bertengkar beberapa jam kemudian pada sekitar 8 malam.

Rahiman kemudian mengheret mangsa keluar dari kelab itu dengan lengannya di kepala wanita tersebut. Mereka bertengkar di kaki lima kelab berkenaan.

Tertuduh menampar dan menumbuk wanita berusia 32 tahun itu, sehingga mangsa terjatuh ke lantai dan dia memarahi mangsa ketika mangsa terduduk di situ.

Pendakwa menyifatkan apa yang berlaku selepas pukul 9 malam sebagai satu serangan yang ‘sangat kejam’.

Rahiman mengheret mangsa dengan menarik rambutnya sejauh kira-kira dua meter di kaki lima itu. Dia kemudian melepaskannya dan ketika mangsa terbaring di kaki lima itu, dia membaling salah satu barang milik mangsa pada bahagian kepala mangsa.

Tertuduh kemudian menendang mangsa sekali di muka sehingga mangsa terjatuh dan tergolek.

Dengan bahagian belakang tubuh mangsa menghadap Rahiman, dia kemudian menerajang sekali di bahagian bawah tulang belakang mangsa.

“Tertuduh kemudian menghentak bahagian belakang kepala mangsa dan menendangnya sekali di bahagian tepi kepala. Tertuduh kemudian menendang mangsa sebanyak tiga kali pada bahagian muka apabila wanita itu terbaring di lantai, tidak mampu melindungi dirinya,” menurut dokumen mahkamah.

Semasa menjatuhkan hukuman, Hakim Daerah Tan Jen Tse menyifatkan kesalahan itu sebagai ‘serangan kejam’.

Hakim juga mengarahkan Rahiman supaya membayar ganti rugi kepada mangsa bagi menampung kos perubatannya yang bernilai S$184.70.

Atas kesalahan menyebabkan kecederaan dengan sengaja, Rahiman boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun dan didenda sehingga S$5,000.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya