Fitnah: Ahmad Samsuri tenang teruskan tugasan - Utusan Malaysia

Fitnah: Ahmad Samsuri tenang teruskan tugasan

AHMAD Samsuri Mokhtar (kiri) menunjukkan isyarat bagus kepada seorang penerima vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Marang di Marang. - UTUSAN/FACEBOOK DR. AHMAD SAMSURI MOKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Walaupun dihimpit fitnah, namun Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dilihat kekal tenang dan meneruskan rutin tugasannya seperti biasa.

Ahmad Samsuri turun padang mengagihkan bantuan Covid-19 kepada penduduk di Kampung Kuala Tengah di Marang, pagi semalam.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ru Rendang kemudian meninjau aktiviti suntikan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Marang di samping menyampaikan sumbangan makanan kepada petugas barisan hadapan di pusat berkenaan.

Dalam hantaran di laman Facebooknya, Ahmad Samsuri mengajak rakyat negeri ini untuk segera mendaftar Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) di aplikasi MySejahtera.

Katanya, mana-mana penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ru Rendang yang ketiadaan kenderaan untuk hadir ke janji temu suntikan boleh menghubungi Pusat Khidmat Masyarakat ADUN untuk khidmat pengangkutan.

Selepas selesai kedua-dua tugasan itu, Ahmad Samsuri dikatakan turut menghadiri satu mesyuarat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN