England gagal layak lebih awal - Utusan Malaysia

England gagal layak lebih awal

Harry Kane gagal meledak sebarang jaringan dalam dua perlawanan buat England dalam saingan Euro 2020.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: England melepaskan  peluang untuk mengesahkan tempat lebih awal ke saingan kalah mati Euro 2020 selepas terikat seri tanpa jaringan dengan Scotland di Stadium Wembley.

Skaud kendalian Gareth Southgate seharusnya mara ke saingan kalah mati seandainya mereka menewaskan Scotland.

Bagaimanapun, skuad Three Lions hanya berjaya meraih satu percubaan tepat manakala Scotland yang menampilkan aksi bertenaga seharusnya mudah membawa pulang tiga mata.

England yang meraih empat mata dalam saingan peringkat kumpulan perlu menang ke atas Republik Czech dalam perlawanan akhir bagi mengesahkan tempat ke saingan kalah mati.

Scotland yang beraksi buat kali pertama dalam kejohanan utama selepas Piala Dunia 1998 dilihat lebih kemas dalam perlawanan ini berbanding ketika tewas 0-2 kepada Republik Czech.

Perlawanan itu menyaksikan Harry Kane gagal meledak sebarang jaringan dalam dua perlawanan dan sekaligus menimbulkan persoalan terhadap kemampuannya dalam memberikan impak kepada skuad Three Lions.

Dengan barisan pemain berusia di bawah 25 tahun, Kane gagal menunjukkan kepimpinan yang bagus dalam kejohanan itu.-AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.