Denmark kini jadi tumpuan dunia - Connor Roberts

Denmark kini jadi tumpuan dunia

CONNOR Roberts (tengah) meraikan jaringan gol kedua pasukannya ketika menentang Turki di Stadium Olimpik, Baku, Azerbaijan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMSTERDAM: Kira-kira 99 peratus dunia kini dikatakan memberi so­kongan kepada Denmark berbanding Wales menjelang 16 perlawanan akhir Euro 2020 di Amsterdam hujung minggu ini dakwa pemain tengahnya, Connor Roberts.

Denmark mempunyai kelebihan apabila kapten pasukannya, Christian Eriksen sebelum ini mencuri tumpuan berikutan rebah ketika perlawanan dan kini sembuh daripada serangan jantung.

Walaupun, Wales dianggap sebagai pasukan underdogs da­lam perlawanan ini, Roberts yang juga pemain Swansea cuba berlaku bersikap tidak berat se­belah terhadap Denmark.

“Ia akan menjadi perlawanan yang sangat mencabar, tetapi kami berharap menang. Saya fikir 99 peratus dunia sekarang sedang menyokong Denmark.

“Mereka adalah pasukan yang baik dan mereka mempu­nyai banyak sokongan, tetapi bila rentas sahaja garisan putih kami perlu bersungguh-sungguh,” katanya.

Denmark dikagumi ramai ke­rana belas ehsan dan keta­ha­nannya dalam pembukaan per­lawanan ketika menentang Finland yang mana diselubungi berita buruk menimpa Eriksen sewaktu beraksi.

Pasukan itu kemudian mula mendapat suntikan semangat apabila Eriksen dilapor dibenar­kan keluar daripada hospital me­nyebabkan Denmark mampu membenam Rusia 4-1 dalam perlawanan penuh emosi pada Isnin lepas untuk menduduki tangga kedua dalam Kumpulan B.

“Susah hendak memba­yang­kan apa yang mereka lalui se­panjang empat minggu lalu. Kami banyak fikirkan tentang Eriksen,” kata jurulatih Denmark, Kasper Hjulmand. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya