De Boer letak jawatan - Utusan Malaysia

De Boer letak jawatan

FRANK DE BOER melepaskan jawatan selaku jurulatih skuad Oranje susulan kegagalan mereka di peringkat 16 terakhir Euro 2020.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMSTERDAM: Frank de Boer membuat keputusan meletakkan jawatan selaku jurulatih Belanda susulan kekalahan mereka di peringkat 16 terakhir Euro 2020, semalam.

Pengendali itu, yang mengikat kontrak dua tahun selepas menggantikan Ronald Koeman yang terdahulu membimbing skuad Oranje pada September lalu, tidak berhasrat untuk mengendali Belanda pada Piala Dunia 2022 di Qatar.

Belanda tersingkir di peringkat awal kalah mati kepada Republik Czech dalam kejohanan Eropah itu, dengan De Boer mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap kegagalan tersebut.

“Sebagai penilaian, saya memutuskan untuk tidak terus menjadi jurulatih kepada skuad kebangsaan. Sangat jelas, kami gagal mencapai objektif.

“Sejak saya ditawarkan untuk menjadi jurulatih skuad kebangsaan pada tahun lalu, saya sifatkan ia sebagai satu penghargaan dan cabaran, namun saya sedar tekanan yang bakal saya hadapi.

“Tekanan itu saya telah mula rasai dan situasi ini tidak sihat untuk saya. Begitu juga untuk skuad kebangsaan menjelang perlawanan penting menuju ke kelayakan Piala Dunia.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua, sudah tentu penyokong dan pemain. Pujian saya juga kepada pihak pengurusan yang telah mewujudkan suasana terbaik di sini,” kata De Boer dalam satu kenyataan hari ini.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya