Damia idam lagu tradisional - Utusan Malaysia

Damia idam lagu tradisional

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Menyimpan minat mendalam terhadap lagu berkonsep tradisional, penyanyi baharu, Damia, 14, mengidamkan untuk merakamkan lagu bergenre itu satu hari nanti.

Kata empunya nama Fathin Nur Insyierah Damia Mohamad Khalil ini, lagu tradisional adalah lambang jati diri dan tidak seharusnya dipinggirkan oleh penyanyi muda.

“Walaupun saya minat dengan lagu balada, tetapi saya juga tidak mahu melupakan lagu tradisional.

“Kalau boleh saya juga ingin menjadi pelapis yang dapat mempopularkan lagu-lagu tradisional seperti yang dilakukan Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin dan Noraniza Idris,” katanya yang turut mengidolakan penyanyi bersuara lantang, Ziana Zain.

Pencapaian penyanyi muda ini bukanlah biasa memandangkan single pertamanya, Pasrah berjaya mencatatkan jumlah tontonan memberansangkan iaitu sebanyak 11 juta di Youtube.

Namun baginya, usaha akan diperbanyakkan untuk meningkatkan publisiti lagu berkenaan memandangkan ianya masih belum diputarkan di mana-mana stesen radio.

“Selepas ini saya akan bincangkan dengan pihak pengurusan agar lagu Pasrah ini dapat diputarkan di radio,” katanya lagi.

Disoal tentang pembelajaran sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Damia mengakui bukan mudah untuk mengikuti kelas secara dalam talian dan perlu kebijaksanaan agar tidak ketinggalan.

“Kelas secara dalam talian ini tidak seperti kelas biasa. Komunikasinya sedikit terhad ditambah pula gangguan-gangguan lain seperti masalah sambungan internet dan sebagainya.

“Tetapi nak atau tidak kena lakukan ulang kaji berpandukan video rakaman yang sedikit sebanyak membantu untuk saya memahami semula apa yang disampaikan guru,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya