Daging kerbau RM1.3 juta ditahan Maqis - Utusan Malaysia

Daging kerbau RM1.3 juta ditahan Maqis

TIGA kontena berisi daging kerbau dari India bernilai RM1.3 juta yang ditahan Maqis di Pelabuhan Pasir Gudang, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Johor menahan tiga kontena berisi daging kerbau bernilai RM1.3 juta di Pelabuhan Pasir Gudang, di sini, semalam.

Pengarah Maqis negeri, Hizzuan Hasim berkata, penahanan itu dibuat selepas pihaknya menjalankan pemeriksaan terhadap kontena berkenaan pada pukul 2 petang.

Katanya, ketiga-tiga kontena berkenaan membawa daging kerbau dari India.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati nombor seal pada kontena tidak sama seperti yang dinyatakan di dalam dokumen ‘bill of lading’ yang diikrar.

“Kesemua daging kerbau berkenaan yang seberat 83,988 kilogram (kg) dan dianggar bernilai RM1,302,653 ditahan untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Hizzuan, kes itu disiasat di bawah Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) kerana melakukan pengisytiharan yang mengelirukan pihak berkuasa.

“Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.

“Bagi kesalahan kedua atau berikutnya boleh didenda tidak lebih RM75,000 atau dipenjara selama tempoh tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN