Caprice dikompaun RM10,000, enam selebriti lagi RM1,500 - Utusan Malaysia

Caprice dikompaun RM10,000, enam selebriti lagi RM1,500

CAPRICE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kompaun sebanyak RM19,000 dikeluarkan Polis Diraja Malaysia  terhadap tujuh selebriti yang terlibat di dalam penganjuran Majlis Berbuka Puasa dan Rapatkan Saf 2021 di sebuah hotel, dekat sini baru-baru ini.

Daripada jumlah itu, sebanyak enam selebriti masing-masing dikenakan kompaun RM1,500 manakala sebanyak 10,000 dikenakan kepada penganjur majlis yang juga seorang penyanyi rap terkenal.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, kertas siasatan kes terbabit telah dikembalikan dari Pejabat Peguam Negara pada Isnin lalu dengan keputusan mengenakan kompaun.

Kata beliau, enam selebriti dikenakan kompaun kerana gagal memakai pelitup muka sewaktu berada di dalam hotel terbabit dan ketika acara itu berlangsung.

“Seorang penyanyi Rap iaitu Ariz Ramli atau Caprice dari Syarikat Rindu Raudah Sdn. Bhd. dan selaku penganjur pula dikenakan RM10,000 kerana gagal memastikan tetamu memakai pelitup muka di sepanjang majlis tersebut berlangsung,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohamad Zainal menasihatkan orang ramai supaya terus mematuhi rosedur operasi standard (​SOP) ditetapkan  Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam memerangi Covid-19.

Pada awal Mei lalu, satu siasatan dibuka oleh PDRM  berkaitan penganjuran Majlis Berbuka Puasa dan Rapatkan Saf 2021 yang diadakan di sebuah hotel yang turut dihadiri beberapa selebriti.

Siasatan dijalankan selepas didapati berlaku pelanggaran SOP  Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Majlis itu diadakan pada 29 April lalu itu tular dALAM media sosial menunjukkan antara artis yang hadir pada majlis itu adalah penyanyi rap Caprice, Ashraf Muslim, Heliza Helmi, Iman Troye, Mawar Rashid dan PU Hafiz. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.