Apple diarah bayar jutaan dolar kepada pelajar universiti - Utusan Malaysia

Apple diarah bayar jutaan dolar kepada pelajar universiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CALIFORNIA: Apple Inc. perlu membayar penyelesaian ‘berjuta-juta dolar’ kepada seorang pelajar Universiti Oregon selepas sebuah fasiliti pembaikan iPhone di Pegatron, California menyiarkan gambar lucah dan sebuah video pelanggan secara dalam talian.

Penyelesaian saman itu bagaimanapun, tidak menjelaskan jumlah sebenar yang perlu dibayar oleh Apple.

Pelanggan berusia 21 tahun itu menghantar telefon bombitnya yang rosak untuk dibaiki pada 2016 sebelum mendapati pekerja berkongsikan gambar dan video melalui akaun Facebook rasminya.

Perbuatan itu menunjukkan seolah-olah dia menyiarkan gambarnya sendiri dengan 10 kandungan disebarkan oleh juruteknik itu secara berperingkat.

Peguam wanita itu menuntut ganti rugi berhubung kesalahan pencerobohan privasi sehingga mendatangkan trauma terhadap anak guamnya.

Disebabkan kejadian itu, Apple dilaporkan menjalankan penyiasatan menyeluruh sehingga menyebabkan kedua-dua juruteknik itu dipecat.

Pada masa sama, Apple menuntut kes itu dijalankan secara tertutup kerana kebimbangan publisiti meluas boleh menyebabkan kerugian perniagaan lebih besar.

Jurucakap Apple mengesahkan pelanggaran dan pencerobohan data privasi itu sebagai sesuatu yang ‘sangat serius’ dan sepatutnya memberikan perlindungan data kepada pelanggan semasa proses pembaikan.

Ini kerana, pelanggan menaruh kepercayaan tinggi terhadap fasiliti pembaikan syarikat untuk menghormati privasi mereka. -AGENSI

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya